About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Friday, April 22, 2011

ROTI JALA

Hari ini tersangatlah rajin hendak membuat ROTI JALA. Makanan kegemaran seisi keluarga.

Jom lah ke dapur…Cepat masak Cepat boleh makan…..

ROTI JALA

Bahan-bahannya :

1kg Tepung Gandum

2 biji Telur

Pewarna Kuning

Air dan Garam

Cara-caranya:

Bancuh ke semua bahan-bahan ini kemudia ditapis dan dikirai di atas kuali yang leper.

Sebelum itu lengserkan minyak menggunakan daun pandan dan jika tiada batang serai pun boleh menggantikan.

Biar sebentar sehingga masak dan angkat lalu digulungkan semacam tikar.



Roti Jala sedap dimakan dengan kari Daging atau ayam.

Malah akan bertambah sedap bila dimakan bersama Sambal Tumis Ikan Bilis.

KARI DAGING

Bahan-bahannya :-

Daging direbus (sedang2)

Rempah kari daging babas

halia,bwng merah n putih diblender, serai dititik,

rempah tumis (50sen) separuh je,

kentang, tomato, air asam jawa n santan...daun kari sikit...


SELAMAT MENCUBA

(Maaf gambar-gambar yang lain tidak dapat dikesan)


No comments:

Post a Comment