About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Saturday, April 2, 2011

BAWAL PUTIH STIM HALIA





BAWAL PUTIH STIM HALIA

Bahan-bahan : - :_

2 ekor Ikan Bawal Putih

4 ulas bawang putih - dicincang

3 inci halia - dicincang

4 biji Jeruk Plum

2 sudu sos ikan

2 sudu lada sulah

Cara-caranya :

1. Bersihkan ikan dan kelar isi ikan agar kuah dapat meresap ke isi ikan

2. Sementara itu didihkan air di dalam periuk atau kuali yang bertutup.

3. Letakkan kesemua bahan yg dicincang tadi di atas ikan, masukkan jeruk plum, sos ikan dan lada sulah.

4. Setelah itu masukkan ikan ke bekas tadi dan kukus sehingga masak.

5. Angkat dan siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment