About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Tuesday, April 26, 2011

CHICKEN CHOP WITH BLACKPEPPER SAUCE

Hidangan siap untuk dimakan

Sos pembuka selera.....

Siap untuk disiram sosnya....

Siap digoreng.....

Disaluti dengan Bread crumbs

Ayam diperap....


CHICKEN CHOP DENGAN SOS LADA HITAM

(CHICKEN CHOP WITH BLACKPEPPER SAUCE)

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam

(diambil peha dan dada – atau beli yang dah siap disupermarket )
3 biji telur
beberapa biji tomato
beberapa helai daun salad
Sedikit lada sulah

Sedikit serbuk lada
potato chip @ kentang goreng
bread crumbs – beli yang sudah siap di supermarket
Sedikit sos Lea & Perrin, tepung jagung dan tepung gandum (untuk disapu pada ayam)

Minyak untuk menggoreng

Bahan sos blackpepper :-
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 biji bawang besar (dicincang halus)
lada hitam dikisar kasar (nak pedas letaklah lebih)

1 botol sos tiram

1 botol sos lada hitam

1 sudu besar sos lea & perrin

Air

(tumiskan bawang putih & besar dengan sedikit minyak dan masak sehingga pekat)

Cara-caranya :

1.Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung jagung dan gandum.

2.Pecahkan 3 biji telur dan celupkan ayam. Salutkan dengan ayam dengan breadcrumbs .

3. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.

4. Hiasankan bersama salad, tomato, kentang dan ayam yang telah siap digoreng. Dan akhir sekali tuangkan sos lada hitam itu di atas ayam tadi.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment