About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Friday, April 22, 2011

KERAPU SWEET & SOUR




KERAPU SWEET SOUR

Bahan-bahan :-

1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar – dipotong dadu)
(ikan hendaklah digoreng dahulu)

5 sudu sos cili
5 sos tomato
2 sudu besar sos tiram
5 tangkai cili kering - dikisar

4 ulas bawang putih - dikisar

Minyak untuk menggoreng dan menumis

Garam dan gula secukup rasa

1 batang timun dibuang biji & potong dadu
1 biji tomato dibuang biji & potong dadu
1 potong nenas dipotong dadu

1 biji lada bengala (capsicum) hijau dipotong dadu
½ cawan air

Cara-caranya :-

1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.
4.Tambah air dan masukkan timun, nenas, tomato dan lada bengala.
5.Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.
Angkat dan tuangkan ke atas ikan.

SELAMAT MENCUBA








No comments:

Post a Comment