About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Sunday, December 5, 2010

IKAN MERAH SINGGANG




Bahan-bahannya:

seekor ikan merah

3 ulas bawang putih - dihiris

1 biji bawang besar - dihiris

i inci halia - dihiris

6 biji cili padi - dibelah 2

2 biji cili merah - dibelah 2

1 batang serai - diketuk

Air asam

Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak

2. Tumiskan kesemua bahan yang dihiris dan diketuk

3. Biarkan 3 minit dan masukkan air asam dan tunggu sehingga mendidih

4. Masukkan ikan dan diikuti garam secukup rasa

5. Tunggu sehingga ikan masak dan siap untuk dihidangkan

~ SELAMAT MENCUBA ~

No comments:

Post a Comment