About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Sunday, January 22, 2012

CHOCOLATE CHIP MUFFIN

BAHAN-BAHANNYA :-

250 gm butter - dicairkan

200 gm gula

300 gm whipping cream

360 gm tepung naik sendiri

3 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil baking soda

4 biji telur (kecil) gred c

100 gm chocolate chip

3 atau 4 sudu serbuk koko

CARA-CARANYA:-

1. Cairkan butter

2. Gula dicampurkan dengan butter yang cair.Kacau biasa dan jangan dipukul.

3. Campurkan serbuk koko pada butter dan gula tadi.

4. Campurkan whipping cream ke dalam adunan butter.

5. Telur dipukul sedikit dan tidak perlu kembang.Masukkan adunan tepung.

6. Masukkan chocolate chip

7. Bakar dengan shu 180c selama 15-20 min

MEE KARI NYONYA

MEE KARI NYONYA (LYNNDA'S STYLE)

BAHAN-BAHANNYA
1 kg mee kuning (dicelur) atau Kueh Teow – bihun pun boleh
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
Sedikit halia
4 sudu besar serbuk kari ikan BABAS
5 batang Bunga Kantan
Udang kering (beli yang paket RM5- kalau takda nanti tak sedap)
Fish ball / Tauhu dan lada yang ada isi ikan
2 kotak santan (santan kotak lebih tahan dari santan perah)
Isi kerang (beli yang dah siap kopek)
Taugeh (dicelur)
Daun ketumbar

CARA-CARANYA
1. Kisar bawang besar dan putih, halia dan udang kering.
2. Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan masukkan rempah kari.
3. Masukkan santan, air dan bunga kantan tunggu hingga kuah mendidih (pastikan tutup periuk tu)
4. Kemudian masukkan Fishball, tauhu dan akhir sekali isi kerang.
5. Jangan lupa garam secukup rasa dan sesudu gula sebab saya tak pakai Ajinomoto.
6. Mee dan taugeh dicelur (sekejap je) dan akhirnya dihiasi dengan daun ketumbar. Biasanya mee ni makan dengan sambal tumis kosong. Kalau takda pun tak apa.