About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Thursday, March 24, 2011

KETAM BLACKPEPPER


KETAM BLACKPEPPER

Bahan-bahannya:-

3 ekor Ketam (ketam nipah atau bunga)
2 inci Halia - dikisar
3 ulas Bwg putih - kisar
2 ulas Bwg kecil - kisar

Lada Hitam (dikisar kasar)

Sos Tiram
Sos Cili
Gula & garam sedikit sahaja
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

1) Tumis bahan yg telah dikisar.dan masukkan semua sos tersebut.
2) Kemudian masukkan lada hitam kisar dan ketam.
3) Kacau biar sebati dan kemudian ditutup sehingga isi ketam masak dan siap untuk dihidangkan.

- SELAMAT MENCUBA -




SPAGHETTI BOLOGNESE



SPAGHETTI BOLOGNESE YANG SIMPLE

Bahan-bahannya :_

1 paket spaghetti (direbus dgn sedikit garam)
sos bolognese kimball
sos traditional pasta prego
daging cincang
lada sulah
garam secukup rasa

Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Untuk sosnya :-
1. Rebus daging cincang sehingga empuk dan kemudian ketepikan.
2.Tumiskan bahan kisar sehingga bangkit bau. Kemudian masuk kan sos kedua-dua sos dan renehkan sebentar
3. Akhir sekali masukkan daging cincang dan biarkan ia menggelegak seketika. Dan siap untuk dihidangkan..


Nota :

Boleh tambah cendawan butang atau letakkan parutan keju parmesan

Semua bahan-bahan di atas adalah resepi mengikut citarasa tersendiri bukannya resepi asal Authentic Italian Bolognese.