About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Thursday, November 18, 2010

JUADAH AIDILADHA 2010

Aduuuuhhh!! penatnye sehari suntuk aku melayan tetamu yang datang...macam2 juadah aku hidangkan seperti Nasi Beriani, Kambing Masak Merah, Daging Beriani dan Udang Bukhari dan tidak ketinggalan pelengkap nasi beriani si Pencuk. Nak ubah selera katakan lah….Jom mari jengah n jengok ke dapur ku......


PENCUK

Bahan-bahannya:-
timun, nenas, bawang besar, tomato, cili hijau atau merah
garam, gula dan air limau.
Gaul semua bahan2 tadi dan biarkan seketika.



NASI BERIANI



Bahan-bahannya:-

1 Kg beras MOGHUL FAIZA BASMATHI

6 sudu besar minyak sapi

Rempah tumis

1 sudu rempah Beriani Faiza

6 biji bawang merah – dikisar

3 biji bawang putih - dikisar

Sedikit gajus dan badam – diksar

1 biji bawang besar – dimayang

3 tangkai daun pudina dan ketumbar

½ susu cair (tairu buatan sendiri – susucair + air limau nipis)

Garam secukup rasa

Pewarna kuning telur

Bawang goreng untuk hiasan

Sukatan air : 1 cawan beras = 1 cawan air

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak sapi, kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang tadi bersama rempah tumis.

2. Goreng hingga kuning dan bau wangi dan masukkan rempah beriani, daun pudina /ketumbar dan bersama bahan kisar kacau hingga rata.

3. Masukkan air dan garam tunggu sehingga mendidih. Masukkan susu cair dan beras, kacau rata dan tutup.Biarkan hingga kering.

4. Apabila sudah kering titisan sedikit pewarna ke dalam nasi.Tutup sehingga nasi betul-betul masak.


UDANG MASAK BUKHARI



Bahan-bahannya:-

1 kg Udang Besar

Bahan-bahan Kisar:-

10 btg cili kering

1 inci Halia

1 btg Serai

5 biji bawang putih

1 biji bawang besar

Bahan-bahan lain :-

2 sudu rempah bukhari Faiza

sedikit daun ketumbar

2 sudu tomato puri

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis

Cara-caranya :-

1. Panaskan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan gaul hingga rata.

3. Masukkan udang dan tunggu sehingga udang masak dan angkat.




DAGING MASAK BERIANI




Bahan-bahannya:-

1 kg daging lembu direbus separuh masak

Bahan-bahan Kisar:-

20 biji cili hijau

3 biji tomato

2 inci halia

1 btg Serai

5 biji bawang putih

2 biji bawang besar

Bahan-bahan lain :-

rempah beriani Faiza

sedikit daun pudina untuk hiasan

garam dan gula secukup rasa

bunga cengkih dan kulit kayu manis (tumis)

1 tin susu cair + air limau nipis (tairu buatan sendiri)

minyak untuk menumis

Cara-caranya :-

1. Panaskan minyak tadi.....tumiskan bunga cengkih n kulit kayu manis.

2. Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar dan rempah beriani tadi sehingga garing.

3.Setelah garing masukkan susu cair, garam n gula tadi gaul hingga rata dan masukkan daging tadi.

4. Tunggu sehingga daging tadi lembut dan kuahnya pekat.

5. Siap untuk dihidangkan.




KAMBING MASAK MERAH





Bahan-bahannya:-

1 kg Kambing direbus separuh masak- (2 kali buang dan tukar air)

(bersihkan dgn tepung gandum dan air limau nispis - untuk menghilangkan hanyirnya)

Bahan-bahan Kisar:-

20 btg cili kering

3 inci Halia

1/2 inci lengkuas

3 btg Serai

10 biji bawang putih

3 biji bawang besar

Bahan-bahan lain :-

sedikit daun pudina

3 sudu tomato puri

1 tin tomato soup

4 sudu sos tomato

4 sudu sos cili

Garam dan gula secukup rasa

Bunga cengkih dan kulit kayu manis (tumis)

3 jenis minyak digunakan

( Minyak biasa + 2 sudu minyak sapi + 2 sudu marjerin-

tujuannya adalah untuk mendapat bau dan rasa yang berlainan)

Cara-caranya :-

1. Panaskan ketiga-tiga minyak tadi...tumiskan bunga cengkih n kulit kayu manis.

2. Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga garing.

3.Setelah garing masukkan pelbagai sos, garam n gula tadi gaul hingga rata dan masukkan kambing tadi.

4. Tunggu sehingga daging kambing tadi lembut dan kuahnya pekat.

5. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA




No comments:

Post a Comment