About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Sunday, November 28, 2010

AYAM GORENG BLACK PEPPER



Bahan- bahannya :

Beberapa ketul ayam

5 sudu tepung Jagung

2 sudu tepung gandum

3 sudu serbuk lada hitam

Sedikit halia yg telah dikisar

Sedikit air & garam secukup rasa

Minyak untuk digoreng

Cara-caranya :-

1. Bahan-bahan tadi digaul sehingga rata dan tambahkan sedikit air &

sesudu minyak. Kemudian masukkan ayam.

2. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan sedia untuk dinikmati.

~~ SELAMAT MENCUBA ~~

KEK PANDAN KUKUS



Hujan tak berhenti- henti …perutku sentiasa rasa lapar je…apa aku nak buat ye…bukak cabinet tengok bahan-bahan semua ada…so aku cuba la buat sesuatu untuk dimakan…Jom kita tengok apa yang aku buat kat dapur tu…..

Kek ini aku buat minggu lepas cuma tak sempat nak post entrinye ...



Bahan- bahannya :

1 cwn gula

1 cwn susu cair

1 ½ cwn planta

1/2 cwn susu pekat

3 biji pukul sehingga kembang

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikabornat

1 sudu teh baking powder

1 cawan air pandan (daun pandan hendaklah dikisar)

2 titis pewarna hijau

Cara-caranya :-

1.Pukul telur hingga kembang dan masukkan planta pukul lagi sehingga betul sebati.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain gaul sehingga rata.

3. Siap untuk dikukus selama 1 jam dan pastikan tudung kukus dibalut dengan kain supaya air tidak menitik.


~~~ SELAMAT MENCUBA ~~~


KEK COKLAT LEMBAB KUKUS


KEK COKLAT LEMBAB KUKUS

Sekeping kek coklat lembab (chocolate moist) siap untuk dimakan ....

Selesai di topping dgn coklatnya....

Baru keluar dari loyangnye....

Bahan-bahan A telah disejukkan

Bahan-bahan A sedang dimasak....

Salam ceria semuanya…Ini hasil percubaan pertama aku membuat Kek Coklat Lembab (chocolate moist) Kukus. Resepi ini diberi oleh seorang kawan facebook yang mana akak ini tak pernah pun aku kenal sebelum ni. Lain tak bukan orangnya adalah akak Radziah Zie…Thanks sebab share resepi Kek Coklat Lembab Kukus ini. Maka dengan itu terhasil sebegini rupa….Kek ni memang favourite kita orang anak-beranak….Apa lagi jom kita kongsi resepinya….

Bahan A:

1 cwn serbuk koko

1 cwn gula

1 cwn susu cair

1 cwn minyak masak

1/2 cwn susu pekat

* bahan-bahan A dimasak didalam periuk sehingga gula larut dan disejukkan *

Bahan B:

3 biji telur pukul sehingga kembang

Bahan C: (semua diayak)

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sdt soda bikabornat

1 sdt baking powder

Topping:

coklat masakan

susu cair

minyak masak/mentega

* masak secara double boiler*

Cara- caranya :-

1.Masukkan bahan B yang telah kembang ke dalam bahan C yang telah diayak.

2.Pukul sehingga sebati kemudian masukkan bahan-bahan A yang telah dimasak dan kaup balik sehingga mesra.

3.Masukkan dalam loyang dan periuk kukus yang telah diisi air dan sedia untuk dikukus selama 1 jam dan pastikan tudung kukus dibalut kain supaya air tidak menitik.

4. Akhir sekali toppingkan kek dengan coklat yg telah dimasak tadi.

SELAMAT MENCUBA.....


Thursday, November 18, 2010

JUADAH AIDILADHA 2010

Aduuuuhhh!! penatnye sehari suntuk aku melayan tetamu yang datang...macam2 juadah aku hidangkan seperti Nasi Beriani, Kambing Masak Merah, Daging Beriani dan Udang Bukhari dan tidak ketinggalan pelengkap nasi beriani si Pencuk. Nak ubah selera katakan lah….Jom mari jengah n jengok ke dapur ku......


PENCUK

Bahan-bahannya:-
timun, nenas, bawang besar, tomato, cili hijau atau merah
garam, gula dan air limau.
Gaul semua bahan2 tadi dan biarkan seketika.



NASI BERIANI



Bahan-bahannya:-

1 Kg beras MOGHUL FAIZA BASMATHI

6 sudu besar minyak sapi

Rempah tumis

1 sudu rempah Beriani Faiza

6 biji bawang merah – dikisar

3 biji bawang putih - dikisar

Sedikit gajus dan badam – diksar

1 biji bawang besar – dimayang

3 tangkai daun pudina dan ketumbar

½ susu cair (tairu buatan sendiri – susucair + air limau nipis)

Garam secukup rasa

Pewarna kuning telur

Bawang goreng untuk hiasan

Sukatan air : 1 cawan beras = 1 cawan air

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak sapi, kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang tadi bersama rempah tumis.

2. Goreng hingga kuning dan bau wangi dan masukkan rempah beriani, daun pudina /ketumbar dan bersama bahan kisar kacau hingga rata.

3. Masukkan air dan garam tunggu sehingga mendidih. Masukkan susu cair dan beras, kacau rata dan tutup.Biarkan hingga kering.

4. Apabila sudah kering titisan sedikit pewarna ke dalam nasi.Tutup sehingga nasi betul-betul masak.


UDANG MASAK BUKHARI



Bahan-bahannya:-

1 kg Udang Besar

Bahan-bahan Kisar:-

10 btg cili kering

1 inci Halia

1 btg Serai

5 biji bawang putih

1 biji bawang besar

Bahan-bahan lain :-

2 sudu rempah bukhari Faiza

sedikit daun ketumbar

2 sudu tomato puri

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis

Cara-caranya :-

1. Panaskan tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan gaul hingga rata.

3. Masukkan udang dan tunggu sehingga udang masak dan angkat.




DAGING MASAK BERIANI




Bahan-bahannya:-

1 kg daging lembu direbus separuh masak

Bahan-bahan Kisar:-

20 biji cili hijau

3 biji tomato

2 inci halia

1 btg Serai

5 biji bawang putih

2 biji bawang besar

Bahan-bahan lain :-

rempah beriani Faiza

sedikit daun pudina untuk hiasan

garam dan gula secukup rasa

bunga cengkih dan kulit kayu manis (tumis)

1 tin susu cair + air limau nipis (tairu buatan sendiri)

minyak untuk menumis

Cara-caranya :-

1. Panaskan minyak tadi.....tumiskan bunga cengkih n kulit kayu manis.

2. Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar dan rempah beriani tadi sehingga garing.

3.Setelah garing masukkan susu cair, garam n gula tadi gaul hingga rata dan masukkan daging tadi.

4. Tunggu sehingga daging tadi lembut dan kuahnya pekat.

5. Siap untuk dihidangkan.




KAMBING MASAK MERAH





Bahan-bahannya:-

1 kg Kambing direbus separuh masak- (2 kali buang dan tukar air)

(bersihkan dgn tepung gandum dan air limau nispis - untuk menghilangkan hanyirnya)

Bahan-bahan Kisar:-

20 btg cili kering

3 inci Halia

1/2 inci lengkuas

3 btg Serai

10 biji bawang putih

3 biji bawang besar

Bahan-bahan lain :-

sedikit daun pudina

3 sudu tomato puri

1 tin tomato soup

4 sudu sos tomato

4 sudu sos cili

Garam dan gula secukup rasa

Bunga cengkih dan kulit kayu manis (tumis)

3 jenis minyak digunakan

( Minyak biasa + 2 sudu minyak sapi + 2 sudu marjerin-

tujuannya adalah untuk mendapat bau dan rasa yang berlainan)

Cara-caranya :-

1. Panaskan ketiga-tiga minyak tadi...tumiskan bunga cengkih n kulit kayu manis.

2. Kemudian tumiskan bahan-bahan kisar tadi sehingga garing.

3.Setelah garing masukkan pelbagai sos, garam n gula tadi gaul hingga rata dan masukkan kambing tadi.

4. Tunggu sehingga daging kambing tadi lembut dan kuahnya pekat.

5. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA




Thursday, November 4, 2010

SAMBAL UDANG PETAI





Baham-bahan :-
1 kg Udang besar
20 biji cili kering - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
Air asam
Petai
Hirisan bawang holand
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Tumiskan bahan-bahan yang telah
dikisar sehingga garing.
2. Masukkan udang, air asam. garam
dan gula secukup rasa.
3. Kemudian masukkan hirisan
bawang holand dan petai.
4. Angkat dan siap untuk dihidangkan
bersama nasi panas.

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, November 3, 2010

KETAM KARI



Bahan-bahan :-
1 kg ketam
8 btg cili kering - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
Sedikit biji sawi
rempah kari babas
Air asam
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis kesemua
bahan yg telah dikisar tadi.
2.Masukkan biji sawi bersama rempah kari
tunggu sehingga garing.
3.Masukkan air asam, garam, gula & ketam.
4. Tunggu sehingga ketam masak dan
angkat untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA





Tuesday, November 2, 2010

LALA GORENG PEDAS





Bahan-bahan :-
1 kg Lala
20 btg cili kering - dikisar
1 btg serai - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
1 bji bawang besar - dikisar
1 biji telur
2 sudu sos tomato
garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg telah dikisar tadi sehingga garing.
2.Masukkan sos tomato, garam, gula dan lala.Tunggu sehingga separuh masak dan pecahkan telur.Biarkan 3 minit, angkat dan siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Monday, November 1, 2010

BAWAL PUTIH STIM HALIA



Bahan-bahannya:
Seekor Ikan Bawal Putih
4 ulas bawang putih - dicincang
3 inci halia - dicincang
4 biji cili padi merah - dicincang
3 biji Jeruk Plum
2 sudu Kicap sotong
gula secubit
1 sudu air limau

Cara-caranya :
1. Bersihkan ikan dan kelar isi ikan agar kuah dapat meresap ke isi ikan
2. Sementara itu didihkan air di dalam periuk atau kuali yang bertutup.
3. Letakkan kesemua bahan yg dicincang tadi di atas ikan, masukkan jeruk plum, kicap sotong, air limau dan secubit gula.
4. Setelah itu masukkan ikan ke bekas tadi dan kukus sehingga masak.
5. Angkat dan siap dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA