About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Saturday, October 23, 2010

LAKSA JOHOR









LAKSA merupakan sejenis makanan berkuah seperti mee yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari Bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa salah satunya adalah LAKSA JOHOR.

Masakan ini dimasak sempena menyambut Ulangtahun kelahiran Mak long saya pada June 2010 yang lalu. Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Laksa Johor.



LAKSA JOHOR – VERSI LINDA

Bahan A

Ikan Selayang (Direbus dan dikisar) – Boleh juga menggunakan ikan parang atau kembung- ikut budget

Bahan B ( Dikisar)

bawang besar

bawang putih

halia

lengkuas sikit

serai ( dikisar & sebatang dititik ketika menumis)

asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)

santan pekat kotak (santan kotak lagi selamat kalau dibandingkan yang perah – cepat basi)

kerisik (paket besar / kecil)

Rempah Laksa (paket besar)

Rempah Kari Ikan Babas ( sikit sahaja)

Bunga cengkih & kulit kayu manis

Bahan C

sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu kecil minyak sehingga lembut)

**Bahan Hiasan**

limau kasturi belah 2 dan buang biji

timun di racik halus

taugeh dbuang ekor (segar)

jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket) – jika suka

bawang besar hiris halus

Daun kesum / daun selasih / daun kunyit dihiris halus

*Sambal Beacan ** ------------cili merah, belacan, garam, gula, air asam (dikisar)….***


CARA-CARANYA :-

1. Panaskan minyak utk tumis- masukkan serai yang diketuk bersama dgn kulit kayu manis, bunga cengkih.

2. Masukkan Bahan B sehingga garing barulah masukkan Bahan A –Ikan yang telah dikisar.

3. Gaulkan kedua bahan hingga garing…masukkan santan, asam keping…..tambah garam gula secukup rasa.

4. Masak sehingga kuah pekat dengan api yang perlahan…lebih lama dimasak lebih tahan untuk disimpan.

5. Jika kuah pekat tambahkan air Panas…

SELAMAT MENCUBA……


No comments:

Post a Comment