About Me
- Lynnda Samat
- Skudai, Johor, Malaysia
- Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....
Saturday, October 30, 2010
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
Thursday, October 28, 2010
SINGGANG SENANGIN
Saturday, October 23, 2010
LAKSA JOHOR
LAKSA merupakan sejenis makanan berkuah seperti mee yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari Bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa salah satunya adalah LAKSA JOHOR.
Masakan ini dimasak sempena menyambut Ulangtahun kelahiran Mak long saya pada June 2010 yang lalu. Jom kita lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Laksa Johor.
LAKSA JOHOR – VERSI LINDA
Bahan A
Ikan Selayang (Direbus dan dikisar) – Boleh juga menggunakan ikan parang atau kembung- ikut budget
Bahan B ( Dikisar)
bawang besar
bawang putih
halia
lengkuas sikit
serai ( dikisar & sebatang dititik ketika menumis)
asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
santan pekat kotak (santan kotak lagi selamat kalau dibandingkan yang perah – cepat basi)
kerisik (paket besar / kecil)
Rempah Laksa (paket besar)
Rempah Kari Ikan Babas ( sikit sahaja)
Bunga cengkih & kulit kayu manis
Bahan C
sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu kecil minyak sehingga lembut)
**Bahan Hiasan**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
taugeh dbuang ekor (segar)
jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket) – jika suka
bawang besar hiris halus
Daun kesum / daun selasih / daun kunyit dihiris halus
*Sambal Beacan ** ------------cili merah, belacan, garam, gula, air asam (dikisar)….***