About Me

My photo
Skudai, Johor, Malaysia
Seorang Surirumah sepenuh masa...mempunyai 5 orang cahaya mata...rutin seharian memang lah padat...macam-macam kerja harus dilaksanakan..menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan yang penting adalah memasak...begitulah rutin hidupku..Terciptanya Blog ini adalah untuk berkongsi resepi, cerita ataupun aktiviti seharian....

Sunday, December 5, 2010

KUEH TEOW KERANG








Bahan-bahannya:-

sebungkus kueh teow

Beberapa tangkai cili kering - dikisar

2 biji bawang merah dan putih - dikisar

Kerang

Sawi

taugeh

3 biji telur

Fish Cake

Kicap pekat dan manis

2 sudu cili sos

2 sudu kicap sotong


Cara-caranya :-

1. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.

2. Masukkan kerang dan fish cake tunggu sehingga 3 minit kemudian masukkan kueh teow yg telah dilumurkan dengan kicap pekat terlebih dahulu.

3. Dan seterusnya masukkan sawi, kacau dan pecahkan telur.

4. Akhir sekali masukkan taugeh, gaul seketika dan siap untuk dihidangkan.


~ SELAMAT MENCUBA ~

IKAN MERAH SINGGANG




Bahan-bahannya:

seekor ikan merah

3 ulas bawang putih - dihiris

1 biji bawang besar - dihiris

i inci halia - dihiris

6 biji cili padi - dibelah 2

2 biji cili merah - dibelah 2

1 batang serai - diketuk

Air asam

Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak

2. Tumiskan kesemua bahan yang dihiris dan diketuk

3. Biarkan 3 minit dan masukkan air asam dan tunggu sehingga mendidih

4. Masukkan ikan dan diikuti garam secukup rasa

5. Tunggu sehingga ikan masak dan siap untuk dihidangkan

~ SELAMAT MENCUBA ~